Header Ads Widget

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN KULAI (MPKU) 2016

Jawatan kosong terkini di MAJLIS PERBANDARAN KULAI 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di MAJLIS PERBANDARAN KULAI 2016 adalah :

1. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29
4. Penolong Pegawai Senibina JA29
5. Penolong Arkitek Landskap JA29
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
7. Penolong Pegawai Tadbir N29
8. Penolong Pegawai Penilaian W29
9. Pembantu Kemahiran H19
10. Pembantu Akauntan W19
11. Pembantu Penilaian W19
12. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
13. Pembantu Operasi N11
14. Pembantu Awam H11
15. Pemandu Kenderaan H11

Tarikh Tutup Permohonan : 3 Ogos 2016
Lokasi : Kulai
Sektor : Kerajaan




Pada tahun 1920, Daerah Kulai asalnya di kenali sebagai Gui Lai yang bermaksud ‘kedatangan kura-kura’. Menurut sejarah turun temurun, Kulai mendapat namanya berdasarkan peristiwa tibanya musim hujan di mana kedua-dua belah tebing sungai Kulai pastinya akan di landa banjir. Akibatnya berpuluh-puluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak menghala ke arah pekan. Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Hainan turut memanggilnya Gui Lai. Bukti nama Gui Lai boleh di lihat pada catatan sebuah batu yang di tulis dalam bahasa Cina di Stesen Keretapi Kulai. Di sebabkan kesukaran untuk menulis perkataan Gui Lai dalam bahasa Cina , maka namanya telah di tukar kepada Kulai, dan ia terus kekal sehingga kini.


Kulai juga di katakan mendapat nama bersempena sebuah peristiwa banjir yang melanda pada sekitar tahun 1890-an. Sungai Kulai ketika itu amat penting oleh kerana ia merupakan nadi aktiviti harian penduduk sekitar yang bergantung kepada aktiviti tanaman.
Selain daripada itu, terdapat juga versi sejarah lain yang menyatakan Kulai mendapat namanya daripada kisah seorang Tengku yang datang ke Kulai untuk mengutip cukai dan berburu. Setiap kali kunjungan, beliau akan di panggil oleh penduduk tempatan sebagai ‘Tengku Lai’ yang membawa maksud ‘Tengku datang’.


Menurut beberapa sumber sejarah yang lain, terdapat dua orang yang terlibat dalam pembukaan Kulai iaitu Yoke Fong dan Tahir Tendeh. Tahir Tendeh adalah bekas askar Sultan Johor yang telah melarikan diri daripada berkhidmat kepada Sultan. Walau bagaimanapun, Baginda Sultan Johor akhirnya tetap mengurniakan sebidang tanah seluas enam ekar kepada Tahir untuk bercucuk tanam. Geran tanah yang berkuatkuasa selama 9,999 tahun tersebut itu masih tersimpan di Baitulmal Johor.
Pada masa yang sama, Tan Yoke Fong (pentadbir kawasan itu, turut di kenali sebagai Gan Zhu ) telah membuka Xin Jie Chang (Pekan Baru). Beliau adalah antara yang paling awal datang ke Kulai.



Visi


Ke arah perbandaran cemerlang dan sejahtera.

Misi

  • Menuju ke arah sebuah pihak berkuasa tempatan yang dinamik dan efisien.
  • Memberikan perkhidmatan asas yang cemerlang dan terbaik.
  • Membuat dan melaksanakan perancangan yang teratur, berkualiti dan holistik.
  • Membina masyarakat penyayang, berilmu, berbudaya dan berdisplin.
  • Meningkatkan taraf hidup dan ekonomi penduduk selaras dengan dasar ekonomi negara.
  • Mengawal dan menguatkuasa perundangan serta kualiti alam sekitar.

Wawasan MPKu

Mewujudkan sebuah Majlis Perbandaran yang dinamik bagi memastikan tercapainya taraf kesejahteraan hidup yang sempurna, di samping meningkatkan taraf ekonomi yang bersesuaian dengan Dasar Ekonomi dan Pembangunan Negara.




CARA – CARA MEMOHON : 
a) Permohonan-permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Majlis Perbandaran Kulai yang boleh diperolehi daripada Pejabat Majlis secara percuma. Borang Permohonan juga boleh diperolehi dengan muat turun dari Laman Web rasmi www.mpkulai.gov.my





b) Permohonan hendaklah disertakan bersama sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan dan Sijil Berhenti Sekolah (setiap salinan sijil hendaklah diperakui sah oleh Pegawai yang bertauliah).

c) Bagi kelayakan Sijil/Diploma/Ijazah perlu dilampirkan pengiktirafan kelayakan di jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Laman Web :- http://app.mohe.gov.my/iktiraf dan dihantar bersama borang permohonan.

d) Permohonan yang lewat diterima, tanpa gambar dan tanpa dokumen – dokumen di atas dan tidak mengikut syarat/peraturan tidak akan dilayan.

e) Permohonan dari anggota Kerajaan dan Badan Berkanun / Kuasa Tempatan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am. Bab A Perenggan 17 Tahun 2005 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan).

f) Permohonan hendaklah dihantar terus kepada :



YANG DIPERTUA 

MAJLIS PERBANDARAN KULAI 

JALAN PEJABAT KERAJAAN 

81000 KULAI, JOHOR 

(UNIT PERJAWATAN) 


Pada atau sebelum jam 5.00 petang pada 3 OGOS 2016 dengan mencatat Nama dan Jawatan yang dipohon disebelah kiri sampul surat.



Hanya calon – calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Mereka yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya. 



Iklan Penuh Jawatan Kosong


Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Jawatan Kosong diatas jika Jawatan Kosong bermafaat untuk anda silalah share kepada rakan anda juga


Jangan Lupa Follow/Like Kami Di https://www.facebook.com/kerja2u

Post a Comment

0 Comments