Header Ads Widget

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 2016

Jawatan kosong terkini di MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 2016 adalah :

1. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
2. Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Julai  2016
Lokasi : Kuala Selangor
Sektor : Kerajaan





Majlis Daerah Kuala Selangor ditubuhkan pada tahun 1978 melalui Pemberitahuan Undang-Undang Negeri Selangor 18/78. Ianya adalah gabungan dari 5 majlis tempatan iaitu:
  • Majlis Tempatan Kuala Selangor
  • Majlis Tempatan Tanjong Karang
  • Majlis Tempatan Batang Berjuntai ( Bestari Jaya )
  • Majlis Tempatan Ijok
  • Majlis Tempatan Jeram

Seterusnya, dalam tempoh 25 tahun selepas penubuhannya, MDKS telah melalui beberapa siri perluasan kawasannya bermula dengan pewartaan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam pelan warta PW 459 yang diwartakan pada 6 Febuari 1978, diikuti PW 646 pada 15 November 1986, PW 981 pada 1 Disember 1994. Peluasan kawasannya yang terakhir melalui PW 1414 pada 25 Febuari 2006 yang meliputi seluruh kawasan Daerah Kuala Selangor. Kawasan pentadbiran MDKS ini meliputi pekan-pekan kecil seperti Pekan Kuala Selangor, Ijok, Jeram, Assam Jawa, Bukit Rotan, Seri Tiram Setia, Tanjong Karang, Sungai Janggut, Sungai Sembilang, Bestari Jaya, Kampung Kuantan, Sungai Buloh, Pasir Penambang. Turut terlibat ialah kawasan pembangunan baru seperti Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfields.

Kawalan dan perancangan pembangunan MDKS dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663), Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan, Undang-Undang Kecil MDKS (20 UUK) serta berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diputuskan dari semasa ke semasa.



Syarat Permohonan : 


  • Pemohon lahir di Negeri Selangor.
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor.
  • Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun .
  • Pembuktian bagi mana-mana syarat di para 2.1, 2.2 dan 2.3 hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang- undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.



Cara Memohon :
Permohonan hendaklah menggunakan e-Mohon Jawatan secara atas talian dengan melayari laman web www.mdks.gov.my.

2.6 Permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan (attachment) seperti berikut :-

i) Salinan Kad Pengenalan ;

ii) Salinan Kelulusan Akademik (SPM, Sijil, Diploma, Ijazah );

iii) Resume Yang Lengkap

2.7 Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.


Iklan Penuh Jawatan Kosong


Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Jawatan Kosong diatas jika Jawatan Kosong bermafaat untuk anda silalah share kepada rakan anda juga


Jangan Lupa Follow/Like Kami Di https://www.facebook.com/kerja2u

Post a Comment

0 Comments