Header Ads Widget

JAWATAN KOSONG DI JABATAB PERDANA MENTERI 2016

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perdana Menteri 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Perdana Menteri 2016 adalah :

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)


Tarikh tutup permohonan pada 31 Julai 2016
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan


Latar Belakang JPM

Jabatan Perdana Menteri, yang sebelum ini dikenali sebagai Pentadbiran Am, JPM telah disusun semula menjadi sepuluh (10) bahagian iaitu Bahagian Inovasi & Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM), Bahagian Kewangan (B.Kew), Bahagian Pembangunan (B.Pemb), Bahagian Akaun (BA), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Bahagian Audit Dalam, Unit Komunikasi Korporat (UKK), Pejabat Penasihat Undang-Undang, Unit Integriti dan Unit PPA1M. Kesemua sepuluh (10) bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh dua (2) Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan TKSU (P) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan TKSU (K&P).




Visi

Menjadi penanda aras sistem penyampaian perkhidmatan sokongan dan tadbir urus terbaik sektor awam.

Misi


Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti.

Misi Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan yang cekap, cepat, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.

Objektif

Menentukan pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan, perakaunan dan khidmat pengurusan dilaksanakan mengikut dasar, perundangan/ peraturan dan garis panduan semasa.

Dasar Kualiti


Jabatan Perdana Menteri adalah komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya berteraskan nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan profesionalisme.



Cara Memohon: 
a) Permohonan boleh dibuat emel atau serahan tangan dengan mengemukakan Borang Permohonan, resume dan dokumen sokongan yang lengkap ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang. 
b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan dan Salinan-salinan Sijil Persekolahan yang telah disahkan.
c) Permohonan di atas hendaklah disampaikan kepada: Pengarah, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Tingkat 11 & 15, Menara Boustead No. 39, Jalan Sultan Ahmad Shah 10050 Pulau Pinang

Iklan Penuh Jawatan Kosong



Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Jawatan Kosong diatas jika Jawatan Kosong bermafaat untuk anda silalah share kepada rakan anda juga

Jangan Lupa Follow/Like Kami Di https://www.facebook.com/kerja2u

Post a Comment

0 Comments