Header Ads Widget

JAWATAN KOSONG DI RISDA 2016

Jawatan kosong terkini di RISDA 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di RISDA 2016 adalah :


1. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17 
2. PEGAWAI TADBIR N41 
3. PEGAWAI PERTANIAN G41
4. JURUTERA J41
5. PENOLONG AKAUNTAN W27
6. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
7. JURUAUDIO VISUAL N17
8. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
9. AHLI FOTOGRAFI B17
10. PEMBANTU OPERASI N11
11. PEMANDU KENDERAAN H11
12. PEMBANTU AWAM H11
13. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

Tarikh tutup permohonan pada 1 - 2 Aug 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan





RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-
  • Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA adalah Akta 85 Tahun 1972
  • Ordinan Kumpulan wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952.

Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara."

Ucapan Perasmian Y.A.B Tun Hj. Abd. Razak Bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia, di upacara Pelancaran Rasmi, RISDA pada 8 Februari, 1973.

Dengan tertubuhnya RISDA, terwujudlah sebuah organisasi yang khusus untuk membimbing sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekonomi dan sosial, RISDA juga akan menentukan perusahaan getah asli negara ini bertambah teguh dan stabil.

Kerajaan memandang mustahak mengadakan satu dasar dan strategi baru bagi memajukan sektor pekebun kecil dan berasaskan ini, RISDA ditubuhkan.

Sebagaimana dimaklumkan, RISDA bertanggungjawab ke atas semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Ini termasuklah memodenkan pekebun kecil dengan menggunakan sepenuhnya hasil-hasil penyelidikan dan kemajuan teknik dalam penanaman getah serta memprosesnya dan seterusnya berusaha bersama MARDEC mengadakan satu sistem pemasaran yang cekap bagi pekebun-pekebun kecil. Tetapi yang amat penting lagi ialah menanamkan sikap baru dan konsep moden bagi sektor pekebun kecil sesuai dengan keadaan hari ini.

Dengan ini nyatalah bahawa unsur-unsur pembaharuan semestinya menjadi asas yang kukuh kepada konsep RISDA supaya membolehkan semua pekebun kecil kita menggunakan amalan-amalan yang moden bagi meninggikan mutu pengeluaran getah serta mendapat hasil yang lebih tinggi.

Saya juga telah mengarahkan RISDA supaya mengadakan satu "Integrated Approach" terhadap semua masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil. Pada masa yang lampau masalah pekebun kecil dikendalikan oleh beberapa pertubuhan iaitu Lembaga Perusahaan Getah (Tanam Semula), Pusat Penyelidikan Getah (RRI) dan juga MARDEC. Semua ini sekarang akan dikendalikan oleh RISDA. Dengan ini bolehlah dijalankan perlaksanaan secara paduserentak akan hasil-hasil penyelidikan yang dijalankan RRIM dan juga sistem pemasaran yang dijalankan oleh MARDEC untuk manfaat semua pekebun kecil di negara ini. Dengan cara "Integrated Approach" inilah maka RISDA akan mempastikan bahawa sektor pekebun kecil yang diperbaharui dalam semua aspek untuk meninggikan taraf ekonomi pekebun-pekebun kecil dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna.

Soal membaiki keadaan ekonomi pekebun kecil berhubung erat dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maka itu RISDA akan berkerjasama dengan semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam ertikata sepenuhnya. Tidak syak lagi RISDA akan memainkan peranan penting di dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru terutama dari segi penyusunan semula masyarakat.

Akhirnya saya mengharapkan bahawa dengan pelancaran RISDA ini usaha-usaha kita dapat ditumpukan dengan sepenuhnya kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil dan membaiki kedudukan mereka. Marilah kita berdoa mudah-mudahan hasrat dan cita-cita melalui usaha-usaha RISDA yang murni itu berjaya sepenuhnya.


CARA MEMOHONPemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari portal ni www.risda.gov.my/ejawatan

Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun dikehendaki membawa surat pelepasan dari Ketua Jabatan masing-masing ketika menghadiri temuduga.

Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam ( 6 ) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.



Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Jawatan Kosong diatas jika Jawatan Kosong bermafaat untuk anda silalah share kepada rakan anda juga

Post a Comment

0 Comments