1. PENOLONG PUSTAKAWAN GRED S29
2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
3. PENYUNTING (KONTRAK)
Tarikh tutup permohonan pada 29 Julai 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Badan Bekanun
Sebuah Majlis Penyeliaan lima anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong diwujudkan untuk mengawasi supaya BERNAMA berpandukan kepada peruntukan Akta dalam melaksanakan objektifnya.
BERNAMA diuruskan oleh Lembaga Gabenor yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Lembaga Pengarah terdiri daripada seorang Pengerusi dan enam orang wakil setiap daripada Kerajaan Persekutuan dan Akhbar yang melanggan dengan BERNAMA. Mereka masing-masing mempunyai anggota silih ganti yang juga dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Pengurusan BERNAMA diketuai seorang Pengurus Besar yang dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan dalam melaksanakan program dan aktiviti serta keputusan Lembaga Gabenor.
BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri-negeri di Malaysia dan wartawan di Singapura dan Jakarta dan retainer di Washington, London, Manila, New Delhi, Dhaka, Melbourne dan Vancouver.
Seluruh operasi berkomputer dan ia memberikan perkhidmatan berita am dan ekonomi dan perkhidmatan maklumat kewangan tepat masa berasaskan skrin untuk pelanggan di Malaysia dan Singapura.
Peranan BERNAMA sebagai sumber berita yang boleh dipercayai dan terkini terkenal di kalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di seluruh negara.
Kebanyakan akhbar Malaysia dan media elektronik dan lain-lain agensi-agensi berita antarabangsa pelanggan BERNAMA. BERNAMA beroperasi dalam industri maklumat yang berdaya saing tetapi mempunyai potensi pertumbuhan yang besar.
Sebelum ini berita dan maklumat BERNAMA hanya dalam bentuk teks dan gambar tetapi dengan wujudnya unit audio-visual atau dikenali sebagai BERNAMA TV pada September 1998, ia kini boleh diperolehi dalam bentuk visual.
BERNAMA sentiasa menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatannya termasuk maklumat masa sebenar, berita tepat masa, perpustakaan elektronik, penyebaran siaran akhbar, pengurusan acara, foto dan rakaman video.
Internet telah membuka peluang-peluang baru bagi BERNAMA menyalurkan perkhidmatan berita dan maklumat secara terus kepada orang ramai. Ini dilakukan melalui laman web sendiri dan melalui laman web lain. BERNAMA turut menawarkan pakej berita nilai tambah untuk usahawan Internet mengekalkan laman web mereka sendiri.
Dalam usaha untuk mencapai kejayaan jangka panjang, pelaburan yang berterusan dan kemajuan perniagaan adalah perkara yang amat penting untuk BERNAMA.
CARA MEMOHONPemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari portal ni BERNAMA HQ
Calon yang berminat diminta menghantar permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Jumaat, 29 Julai 2016 ke alamat berikut:
Pengurus Sumber Manusia & Pentadbiran
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13 Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR
(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)
0 Comments