Header Ads Widget

JAWATAN KOSONG TERKINI PERHILITAN 2019

Jawatan kosong terkini di JABATAN PERHILITAN MALAYSIA bagi tahun 2019. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan 41 jawatan kosong di JABATAN PERHILITAN MALAYSIA  adalah :


1. PEMBANTU HIDUPAN LIAR GRED G19 (41 KEKOSOANGAN)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14 APRIL 2019


Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Dalam tahun 1902 rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.
Hasil daripada Laporan Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya Tahun 1932, dua tindakan susulan telah diambil oleh kerajaan pada masa tersebut:  

  • penubuhan Ibu Pejabat Jabatan Mergastua pada tahun 1937 dengan pelantikan Captain Ritchie sebagai Ketua Pelindung Mergastua yang pertama; dan 
  • penubuhan King George V National Parks yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 4,343 km persegi di sempadan Pahang, Kelantan dan Terengganu pada tahun 1938/1939.    

Pada tahun 1955, satu perundangan baru, "The Wild Animals and Wild Birds Protection Ordinance" telah diwujudkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkaitan. Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76. Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN.

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Jawatan Kosong diatas jika Jawatan Kosong bermafaat untuk anda silalah share kepada rakan anda juga


Jangan Lupa Follow/Like Kami Di https://www.facebook.com/kerja2u

Cara membuat permohonan jawatan
  • Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kami telah sediakan pautannya seperti dibawah.
  • Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat anda boleh rujuk panduan permohonan jawatan kosong SPA yang kami telah sediakan pautannya seperti berikut.
Iklan Penuh Jawatan Kosong

Post a Comment

0 Comments