Header Ads Widget

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2016

Jawatan kosong terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia 2016 adalah :

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (TETAP)
Tarikh tutup permohonan pada 29 Julai 2016
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan



Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.


Objektif


Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif

Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.


Visi dan Misi

VISI

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
  • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • mengutamakan pelanggan
  • saksama
  • tidak membebankan
  • cekap
  • wajar mengikut teknologi
  • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • inovatif

iii. dengan menekankan:
  • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
  • sifat menghormati maruah insan
  • penglibatan masyarakat

CARA MEMOHON : (a) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah beserta resume bergambar, salinan kad pengenalan dan salinan surat beranak serta salinan sijil-sijil akademik (PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah) yang telah disahkan. Salinan dokumen hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/ Penghulu / Ketua Kampung sahaja).
KETUA EKSEKUTIF, PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, ARAS 5, MENARA PRISMA PLOT 3C4, PRESINT 3, PERSIARAN PERDANA, 62675 PUTRAJAYA

Iklan Penuh Jawatan Kosong

Borang Permohoan 

Terima kasih kerana sudi membaca mengenai Jawatan Kosong diatas jika Jawatan Kosong bermafaat untuk anda silalah share kepada rakan anda juga


Jangan Lupa Follow/Like Kami Di https://www.facebook.com/kerja2u

Post a Comment

0 Comments